First Sea Lord
First Sea Lord

First Sea Lord

Panglima Laut Pertama dan Ketua Turus Tentera Laut (1SL/CNS) atau First Sea Lord and Chief of Naval Staff (1SL/CNS) ialah ketua profesional Tentera Laut Diraja British dan keseluruhan Perkhidmatan Laut; pada asalnya gelaran tersebut ialah First Naval Lord. Konsep profesional "First Naval Lord" telah diperkenalkan dalam tahun 1805 dan gelaran First Naval Lord telah ditukar kepada "First Sea Lord" diatas pelantikan Sir Jackie Fisher pada tahun 1904. Dari tahun 1923 keatas, First Sea Lord merupakan anggota Jawatankuasa Ketua Turus; beliau kini duduk dalam Majlis Pertahanan dan Lembaga Admiralti. Panglima Laut Pertama terkini ialah Laksamana Sir Philip Jones (dilantik April 2016) dan jawatan ini setaraf dengan Ketua Operasi Tentera Laut AS dan Panglima Tentera Laut Malaysia.

First Sea Lord

Pembentukan 1904
Tempoh Tidak tetap (lazimnya 4-5 tahun)
Pemegang sulung John Fisher, Baron Fisher Pertama
Laman web Official Website
Pelantik Atas nasihat Setiausaha Pertahanan kepada Perdana Menteri. Diperkenankan oleh Baginda Ratu